SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES

Match Preview LS13 | PDRM FC vs Selangor FC


Skuad Selangor FC akan meneruskan saingan Liga Super 2023 dengan perlawanan menentang PDRM FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya esok (3 Jun) pada jam 8:15 malam.

Ini merupakan pertemuan ke-27 di antara #PDRMSEL. Gergasi Merah telah memenangi 16 perlawanan dan seri 9. Selain itu, 74 jaringan gol telah terhasil daripada pertemuan dua pasukan ini. Kali terakhir menentang PDRM FC adalah dalam saingan Liga Super 2020 dengan kemenangan 7-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Pemain tengah Selangor FC, Mukhairi Ajmal, bersedia untuk perlawanan esok dan berharap akan terus memperbaiki corak permainan beliau.

"Alhamdulillah, selama berada di sini saya rasa banyak penambahbaikan atas diri sendiri. Saya banyak belajar dengan pemain senior yang ada dan saya berharap dapat perbaiki diri lebih lagi lepas ini. Secara jujur, apabila diberikan tanggungjawab menjadi Kapten pasukan, saya sangat tercabar kerana bukan senang nak jadi Kapten Selangor FC, jadi saya cuba berikan yang terbaik untuk mengetuai pasukan dalam padang bersama rakan sepasukan yang lain.

"InshaAllah, pasukan sedang menjalani persiapan yang rapi untuk perlawanan esok. Bagi saya tidak kira siapa lawan, kita harus berikan seratus peratus untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Saya berharap rakan sepasukan dapat mengekalkan corak permainan yang baik untuk perlawanan esok," tegas Mukhairi, Kapten muda Selangor FC.

Bagi keberadaan pemain, menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe tiada sebarang kecederaan berlaku dalam skuad Gergasi Merah buat setakat ini.**

Pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan akan berikan segalanya untuk mendapatkan momentum terbaik bagi mengharungi Liga Malaysia 2023. Ayuh, Merah KuningKu!

Demi Kebanggaan!